Tuesday, 9 December 2014

Chicken Chop Black Pepper


Chicken chop black pepper

Untuk membuat kuah:
  1. Potong bawang putih halus-halus
  2. Tumis di dalam periuk dengan sedikit minyak
  3. Kemudian, masukkan serbuk lada hitam
  4. Masukkan pula 2 cawan air, kemudian kacau
  5. Masukkan 1 kiub ayam
  6. Selepas itu, masukkan cendawan yang dikisar halus
  7. Kacau semua bahan hingga sebati
  8. Tambahkan pula sedikit paste lada hitam
  9. Bancuh tepung magik dengan sedikit air dan masukkan kedalam campuran bahan di atas
  10. Kacau sehingga kuah menjadi pekat dan tutup api
Untuk ayam:
  1. Bahagian peha ayam dibuang tulangnya.
  2. Perap seketika dengan campuran tepung magik, lada hitam dan sos lada hitam
  3. Kemudian, salut ayam yang sudah diperap dengan tepung magik dan telur
  4. Salut pula dengan bread crumb yang sudah dicampur dengan sedikit tepung magik
  5. Kemudian goreng.
Selepas itu bolehlah dihidang dan dinikmati.
Selamat menjamu selera.

No comments:

Post a Comment