Tuesday, 9 December 2014

Bayam Goreng Tepung Magik


Bayam Goreng

Pernah makan bayam goreng? kalau tak pernah, bolehlah cuba. Senang je nak buat. Ni caranya:
  1. Bancuh tepung magik dengan sedikit air
  2. Celupkan daun bayam ke dalam bancuhan tepung tadi.
  3. Goreng
Senang kan? Sesuai untuk seisi keluarga. Selamat mencuba!



Kuih Siput Magik


Kuih siput magik

Bahan-bahan:
  1. 1 kg tepung gandum
  2. 2 senduk marjerin
  3. 2 senduk tepung magik
  4. 4 ulas bawang besar dikisar bersama 2 genggam ikan bilis halus
  5. sedikit garam
Cara membuatnya:
  1. Uli semua bahan diatas sehingga menjadi doh
  2. Bentukkan bulat-bulat kecil ( boleh guna alat untuk buat kuih siput)
  3. Goreng
  4. Sedia untuk dihidangkan
Psst..nak buat macam kuih gunting pun boleh. Sesuai untuk buat snek sambil menonton perlawanan bola sepak atau drama korea. Hehe..

Chicken Chop Black Pepper


Chicken chop black pepper

Untuk membuat kuah:
  1. Potong bawang putih halus-halus
  2. Tumis di dalam periuk dengan sedikit minyak
  3. Kemudian, masukkan serbuk lada hitam
  4. Masukkan pula 2 cawan air, kemudian kacau
  5. Masukkan 1 kiub ayam
  6. Selepas itu, masukkan cendawan yang dikisar halus
  7. Kacau semua bahan hingga sebati
  8. Tambahkan pula sedikit paste lada hitam
  9. Bancuh tepung magik dengan sedikit air dan masukkan kedalam campuran bahan di atas
  10. Kacau sehingga kuah menjadi pekat dan tutup api
Untuk ayam:
  1. Bahagian peha ayam dibuang tulangnya.
  2. Perap seketika dengan campuran tepung magik, lada hitam dan sos lada hitam
  3. Kemudian, salut ayam yang sudah diperap dengan tepung magik dan telur
  4. Salut pula dengan bread crumb yang sudah dicampur dengan sedikit tepung magik
  5. Kemudian goreng.
Selepas itu bolehlah dihidang dan dinikmati.
Selamat menjamu selera.

Daging Goreng Magik Cheezy


Daging goreng magik cheezy
Bahan-bahan:
  1. Daging
  2. Tepung magik
  3. Cheezy sauce
Cara-cara membuatnya:
  1. Potong daging nipis-nipis
  2. Cuci bersih potongan daging dan perah sedikit untuk kurangkan kuantiti air dalam daging
  3. Salutkan dengan tepung magik 
  4. Goreng
  5. Sedia untuk di hidang bersama cheezy sauce
Lumayan bangat sihh..

Kombo Set Tepung Magik + Cheezy Sauce



Kombo Set
Harga: RM33 termasuk pos

Tepung Magik



Tepung magik 
Terdapat dalam dua perasa, ORI dan SPICY
Berat bersih: 540gm/pack






Harga: RM20 termasuk pos
Order di sini

Tepung Ayam Goreng Uncle Bob




Sangat mudah digunakan
Hanya salut dan goreng
Serbuk perasa dan serbuk cili disediakan
Boleh ditambah ikut selera anda
Sangat JIMAT
Sepeket boleh digunakan sehingga 3-4 ekor ayam





Harga: RM15/peket + RM6 postage

Cheezy Sauce



Serbuk cheese segera buatan bumiputera Islam. Sangat mudah untuk disediakan, hanya perlu tambah air panas sahaja. Hasilnya sama sepeti mana cheese yang lain. Rasanya sedap sehingga menjilat jari!

Berat bersih : 200gm/pack
Kandungan:
Milk Solids, Vegetable Fat, Modified Starch, Maltodextrin, Vegetable Powder, Cheese Solids, Flavour Enhancers, Dextrose, Salt, Glukose Syrup Solids, Food Acids, Flavourings, Mineral Salt Spices, Yeast Extract, Anti Caking Agent, Spice Extract Colourings.

Cara-cara penggunaan:
  1. Campurkan 1 bahagian serbuk cheese dengan 1 bahagian air panas (>85c) sedikit demi sedikit.
  2. Gaul rata hingga sebati dan pekat.
  3. Tambahkan air sedikit demi sedikit jika sukakan lebih cair.
Panduan penggunaan:
  1. Simpan di tempat dingin dan kering, elakkan dari terkena cahaya.
  2. bancuh sekadar untuk kegunaan sahaja.
  3. Tarikh luput tertera di bungkusan, lebih kurang 6 bulan dari tarikh pengeluaran.



Harga: RM 20 termasuk pos


Monday, 8 December 2014

Selamat Datang

Bismillahirrahmanirrahim
Allahumma solli ala saidina Muhammad, wa'ala a'lihi wasohbihi wassalam.

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi, akhirnya saya berkesempatan untuk membina blog Fiza Aziz's Fazz Food khusus untuk dropship makanan.

Sengaja saya membina blog yang khusus untuk produk makanan bagi memudahkan anda, para pembaca dan juga saya untuk meneliti isi kandungan setiap produk dengan lebih jelas dan terang. 

Di harap semoga anda senang hati dengan bahan-bahan yang di post di blog ini dan semoga kita semua memperoleh manfaat daripadanya. 

Dengan ini, saya mengalu-alukan anda untuk menerokai Fiza Aziz's Fazz Food.

Selamat Datang dan Terima Kasih kerana sudi mengunjungi Fiza Aziz's Fazz Food!